Kelas Microsoft Office – Publisher

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office – Publisher kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office Publisher dan cara menggunakannya.

Dalam kelas ini, peserta diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Publisher 2016. Langkah pertama, mereka diterangkan dengan jenis-jenis dan kegunaan format penerbitan yang berbeza dalam Microsoft Office Publisher. Langkah kedua, mereka diminta untuk membuat kad ucapan Selamat Hari Lahir kepada rakan-rakan dengan menggunakan semua format penerbitan tersebut sebagai latihan agar mereka lebih memahami penggunaan fungsi format penerbitan dalam Microsoft Office Publisher.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali